Gambar Hao Lina menyusukan bayi wanita yang sedang dibicarakan di mahkamah di Jinzhong, wilayah Shanxi, China, yang tular. - Foto chinadaily.com.cn
Gambar Hao Lina menyusukan bayi wanita yang sedang dibicarakan di mahkamah di Jinzhong, wilayah Shanxi, China, yang tular. - Foto chinadaily.com.cn
Agensi

GAMBAR seorang bailif mahkamah menyusukan bayi seorang wanita sedang dalam perbicaraan di Jinzhong, wilayah Shanxi, mendapat perhatian ramai.

Menurut portal berita China Daily, dalam kejadian ketika perbicaraan ibu bayi terbabit bulan ini (September), Hao Lina, bailif sebuah mahkamah diarah menjaga bayi perempuan berusia empat bulan itu.

Ketika dalam jagaannya, bayi itu menangis kerana sudah sampai masa menyusu namun perbicaraan ibunya masih belum selesai menyebabkan Lina memutuskan menyusukan bayi berkenaan.

Adegan itu dirakam seseorang menggunakan telefon bimbit dan dalam masa singkat selepas dimuat naik ke media sosial, ia tular menarik perbincangan oleh ribuan pengguna.

Lebih 10,000 orang membuat komen dan gambar berkenaan mendapat kira-kira 100,000 ‘like’ bersama gelaran ‘Bailf tercantik’ untuknya.

Pengguna media sosial tertarik dengan kebaikan Lina manakala sebahagian lagi memuji keindahan sifat keibuannya.

“Saya baru menjadi ibu dan masih menyusukan anak. Seperti ibunya yang pasti tidak membiarkan anaknya lapar, saya kasihankan bayi itu,” kata Lina.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2017 @ 7:02 PM