Sehingga 77 terbunuh akibat tanah runtuh di Bangladesh. - Foto AFP/EPA
Sehingga 77 terbunuh akibat tanah runtuh di Bangladesh. - Foto AFP/EPA
Agensi

SEHINGGA 77 orang terbunuh di beberapa kawasan di Bangladesh, akibat tanah runtuh berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, menghayut atau menimbus rumah ketika sebahagian besar mangsa sedang tidur, sejak semalam.

Tiga kanak-kanak daripada satu keluarga antara yang maut dan sekurang-kurangnya empat tentera yang melakukan kerja menyelamat juga terbunuh.

Pihak berkuasa dan polis memberi amaran jumlah korban mungkin meningkat kerana pasukan penyelamat masih belum dapat sampai ke kawasan pedalaman di banjaran Chittagong yang terputus jalan raya serta telefon.

“Kerja menyelamat sedang dilakukan. Jumla korban mungkin meningkat kerana banyak kawasan masih terputus hubungan,’ kata Pengarah Jabatan Pengurusan Bencana, Reaz Ahmed, kepada AFP.

Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Rangamati, Banderban dan Chittagong.

Tekanan di Teluk Benggala mempengaruhi cuaca di Bangladesh yang membawa hujan lebat tanpa henti membanjiri bandar Dhaka dan Chittagong sejak Isnin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2017 @ 9:05 PM