Timbunan sampah sarap dan runtuhan kedai di Pantai Pattenga, Chittagong, selepas dilanda Taufan Roanu, semalam. - Foto EPA
Timbunan sampah sarap dan runtuhan kedai di Pantai Pattenga, Chittagong, selepas dilanda Taufan Roanu, semalam. - Foto EPA
AFP

Chittagong, Bangladesh: sekurang-kurangnya 24 terbunuh manakala 100 lagi cedera selepas Taufan Roanu selaju 88 kilometer sejam, melanda selatan Bangladesh semalam, memaksa lebih 500,000 orang dipindahkan.

Seramai 11 orang termasuk kanak-kanak terbunuh di bandar raya Chittagong, iaitu paling teruk terjejas menyebabkan hujan lebat, banjir dan tanah runtuh.

Menurut polis di Chittagong, tujuh lemas di Banshkhali dan seorang wanita serta dua anak perempuannya lemas selepas perkampungan mereka di Pulau Hatiya ditenggelami air laut.

Keadaan kini dilaporkan semakin pulih dengan kebanyakan banjir sudah surut namun ribuan rumah musnah.

Pengarah agensi bencana Bangladesh, Reaz Ahmed, berkata pihaknya memindahkan lebih 500,000 penduduk ke kawasan selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2016 @ 4:39 PM