Willie Corey Godbolt, 35, ditahan hari ini, selepas menembak mati lapan orang di Mississippi, semalam. - Foto Agensi/Daily Mai
Willie Corey Godbolt, 35, ditahan hari ini, selepas menembak mati lapan orang di Mississippi, semalam. - Foto Agensi/Daily Mai
Agensi

SEORANG lelaki menembak mati lapan orang, termasuk ibu mentuanya dan seorang timbalan sheriff ketika mengamuk selepas bergaduh dengan isterinya mengenai anak-anak mereka di Bogue Chitto, dekat Brookhaven, pedalaman Mississippi hari ini.

Ketika digari selepas ditangkap, lelaki itu, Willie Corey Godbolt, 35, yang melepaskan tembakan dari rumah ke rumah sehingga kehabisan peluru, berkata: “Saya tak layak hidup selepas apa yang saya lakukan.”

AP melaporkan, kejadian itu berlaku seamlam, di rumah mentua lelaki itu ketika dia datang untuk berunding membawa pulang anak-anaknya.

Isterinya membawa anak-anak mereka ke rumah itu sejak tiga minggu lalu, mendakwa Godbolt melakukan keganasan di rumah.

Seseorang menghubungi timbalan sheriff yang kemudian meminta lelaki itu meninggal rumah berkenaan.

Akhbar The Clarion-Ledger yang menemuramah Godbolt selepas ditahan polis melaporkan lelaki itu berkata: “Saya sedang berbual dengan isteri, bapa tiri, dan ibunya, berbincang mengenai saya membawa pulang anak-anak.

“Seseorang menghubungi polis, orang yang tidak tinggal dalam rumah itu. Suka masuk campur hal orang lain.”

Bapa tiri isterinya, Vincent Mitchell, berkata selepas diarahkan polis meninggalkan rumah itu, Godbolt kelihatan seperti mahu mematuhi arahan itu.

“Dia berkelakuan, bergerak seperti mahu keluar dari rumah. Tiba-tiba dia menyeluk saku belakang dan mengeluarkan pistol.

“Dua mula menembak apa saja,” katanya.

Antara mangsa yang terbunuh. - Foto Daily Mail
Antara mangsa yang terbunuh. - Foto Daily Mail

Menurut Daily Mail, dia berjaya melepaskan diri bersama isteri Godbolt, namun tiga lagi keluarganya terbunuh iaitu isterinya Babara, adik iparnya Brenda May dan seorang anak perempuan tirinya, Toccarra May, serta Timbalan Sheriff William Durr.

Godbolt kemudian ke sebuah rumah di Coopertown Road, yang mengambil masa 15 minit memandu dan polis menemui mayat dua remaja lelaki di situ, dikenali sebagai Jordan Blackwell dan Austin Edwards.

Mayat serang lelaki dan wanita, Shelia and Ferral Burage, ditemui di sebuah lagi rumah di East Lincoln Road sebelum Godbolt berjaya ditahan pagi ini (waktu Malaysia), tujuh jam selepas kejadian.

Biro Siasatan Mississippi sedang menyiapkan laporan untuk mendakwa Godbolt kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Mei 2017 @ 4:03 PM