Agensi

Raleigh (Amerika Syarikat): Seorang lelaki menyaman kekasih bekas isterinya dan berjaya memperoleh ganti rugi AS$750,000 (RM3.1 juta) kerana menjadi punca perceraian mereka.

Daily Mail melaporkan, hakim di North Carolina membuat keputusan memihak kepada Kevin Howard dalam kes ‘mengganggu hubungan’ iaitu satu undang-undang yang hanya dilaksanakan di beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS).

Mereka yang ingin mengemukakan kes itu di mahkamah perlu membuktikan bahawa perkahwinan mereka bahagia sebelum kehadiran orang ketiga.

Hakim mendapati, lelaki terbabit bersalah kerana menjalin hubungan dengan isteri Howard dan kelakuan itu dilakukannya secara terang-terangan.

Howard cuba mendapatkan kepastian dengan mengupah penyiasat persendirian untuk mengekori isterinya selepas wanita itu ingin bercerai.

“Lelaki itu adalah rakan sekerja isteri dan pernah makan malam bersama kami beberapa kali. Saya sangkakan dia hanya seorang rakan saja,” kata Howard.

Pelaksanaan prosedur itu berasal dari undang-undang Inggeris apabila satu ketika dulu wanita dilihat sebagai harta.

Sekiranya hubungan perkahwinan dibubarkan, terdapat ganti rugi yang perlu dibayar dan AS sehingga kini masih mengekalkan undang-undang itu.

Seseorang boleh didenda sehingga AS$8.8 juta (RM36.8 juta) kerana merampas isteri lelaki lain.

Banyak negeri sudah memansuhkan undang-undang itu kecuali Hawaii, Mississippi, New Mexico, South Dakota, Utah dan North Carolina.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Oktober 2019 @ 11:20 AM