Mubarak Iftar di Me’nate Steak Hub, Seksyen 14, Shah Alam. FOTO Aziah Azmee
Mubarak Iftar di Me’nate Steak Hub, Seksyen 14, Shah Alam. FOTO Aziah Azmee

Semua cawangan Me'nate Steak Hub akan menyajikan menu istimewa iaitu Steamed Persian Rice, Full Slab BBQ Wagyu / Beef Ribs, Persian Style Grilled Ribeye Steak, Mediterranean Braised Lamb Shank, Persian Style Braised Whole Lamb Shoulder, Roasted BBQ Chicken, Sahawiq, Piza Peperoni, Nachos BBQ Daging, pasta Carbonara Daging Mammamia, pasta makanan laut Aglio Olio dan pelbagai lagi.

Pelanggan yang membeli Mubarak Iftar Platter juga akan mendapat akses percuma ke bufet mini pencuci mulut dan pembuka selera yang lazat, minuman tanpa had serta dapat membawa balik hidangan Platter yang tidak dapat dihabiskan

Me'nate Steak Hub turut menyediakan pakej menarik untuk tempahan Jamuan Korporat Ramadan bagi syarikat yang ingin berbuka puasa bersama kakitangan.

Selain itu, Me'nate Steak Hub juga menyediakan peluang kepada syarikat korporat untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan amal jariah di bulan penuh keberkatan ini untuk diagihkan kepada golongan asnaf, pelajar tahfiz atau anak yatim yang memerlukan berbuka puasa.

Antara pakej yang ditawarkan adalah Pakej Infaq Platinum (300 hingga 450 orang), Infaq Gold (200 hingga 250 orang) dan Infaq Silver (100 hingga 150 orang). Maklumat lanjut, hubungi 0194771047.

Lokasi: Restoran Me'nate Steak Hub

Tarikh: 4 April - 1 Mei 2022

Pertanyaan/Tempahan: 012-930 8448

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2022 @ 4:08 PM