KETUA Pegawai Strategik Palace Butcher Resources Sdn Bhd, Mohamad Asrol Mohamad Rawi (kanan) bersama Syed Ashraf (dua dari kanan) dan Kevin pada majlis memperkenalkan menu baharu di Restoran Me’nate Steak Hub, Shah Alam.
KETUA Pegawai Strategik Palace Butcher Resources Sdn Bhd, Mohamad Asrol Mohamad Rawi (kanan) bersama Syed Ashraf (dua dari kanan) dan Kevin pada majlis memperkenalkan menu baharu di Restoran Me’nate Steak Hub, Shah Alam.
Muhamaad Razis Ismail

JARANG sekali ada restoran yang mampu menyediakan hidangan yang memiliki tiga pakej lengkap yang diharapkan pelanggan iaitu enak, sihat dan berpatutan.

Bagaimanapun, restoran Me’nate Steak Hub, menyahut cabaran itu dengan menyediakan lima hidangan sihat yang enak pada harga berpatutan.

Pengarah Urusan Palace Butcher Resources Sdn Bhd, Syed Ashraf Syed Ali yang juga pemilik Me’nate Steak Hub, berkata, pihaknya memperkenalkan menu ‘Healthy Dietary Food’ supaya pelanggan boleh menikmati makanan yang sihat dan lazat.

“Untuk permulaan, kita tampil dengan lima menu iaitu Mexican Quinoa Salad with Grilled Chicken; Sweet Potato & Chick Pea Burger; Thai Red Curry Sea Bass with Lychee; Moroccan Beef Tagine with Almond Cous cous dan Mushroom Barley Risotto with Grilled Chicken.

“Semua menu kita bukan sahaja enak, tapi rendah kalori iaitu dalam 400 hingga 523 kalori untuk setiap hidangan dengan harga RM22.90 hingga RM29.90” katanya kepada pemberita pada majlis pengenalan menu Healthy Dietary Food.

Pada majlis itu, Me’nate juga memperkenalkan selebriti kesihatan dan kecergasan, Kevin Zahri sebagai duta makanan sihat restoran berkenaan.

Beliau berkata, untuk mengelakkan daripada pelanggan yang ingin berdiet, jemu dengan hidangan yang sama, pihaknya menawarkan dua set menu.

“Oleh itu, kita tampil dengan pakej makanan sihat ‘pre-cook’ yang mana pelanggan boleh menempah menu sihat untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam pada berharga RM30.

“Kita menawarkan dua set menu dan setiap hari kita menawarkan menu yang berbeza supaya pelanggan tidak jemu menikmati makanan sihat yang mereka inginkan.

“Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan di nombor 010-6631047 atau ke cawangan restoran di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Kevin berkata makanan yang sihat mempunyai beberapa ciri iaitu rendah kalori (400 kalori setiap hidangan); tinggi protein dan fiber untuk mengawal selera makan.

“Hidangan juga perlu rendah kandungan sodium kerana ia menguatkan takungan air dalam badan seterusnya melambatkan proses penurunan berat; tinggit antioksidan dan vitamin.

“Selain itu makanan juga perlu lazat kerana jika kita suka dan berselera dengan makanan yang kita makan, kita tidak akan mencari makanan yang tidak sihat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 7:20 AM