HIDANGAN tulang rusuk yang mempunyai keenakan tersendiri.
HIDANGAN tulang rusuk yang mempunyai keenakan tersendiri.
STRIPLOIN Grass Fed Steak
STRIPLOIN Grass Fed Steak
PELANGGAN memilih sendiri saiz daging dan ikan sebelum dimasak dan dinikmati.
PELANGGAN memilih sendiri saiz daging dan ikan sebelum dimasak dan dinikmati.
SUASANA di dalam restoran Melantak Steak Hub yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung.
SUASANA di dalam restoran Melantak Steak Hub yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung.
KAMARUL dan Marina mengusahakan Melantak Steak Hub sejak setahun lalu.
KAMARUL dan Marina mengusahakan Melantak Steak Hub sejak setahun lalu.
Rashidah Ibrahim

Bagaikan fenomena apabila kini pelbagai nama pelik restoran diperkenalkan pemiliknya untuk diingati pelanggan.

Antaranya, Melantak Steak Hub di Kompleks Perniagaan Kota Syahbandar, Melaka.

Tidak hairalah penulis agak terkejut sewaktu pertama kali mendengar nama restoran ini. Kenapa Melantak? Kenapa tidak nama lain yang lebih sopan bunyinya? Apatah lagi logonya tampil ganas dengan gambar kepala lembu bertanduk runcing melengkung!

Perkataan melantak bermaksud makan sepuas hati sehingga kenyangan, asyiknya makan bagai ‘tidak ingat dunia’ atau makan dengan cepat dan gelojoh.

Ternyata ia membawa pengertian negatif tetapi disebabkan perkataan itu sebutan biasa dalam kalangan masyarakat tempatan, pemiliknya Kamarul Hisham Kamaruddin, 47, berasakan nama itu sesuai digunakan.

Beliau beranggapan nama itu ada kekuatan untuk diingati, lagipun melantak ada kaitan dengan makan. Meski ada pihak bimbang dengan nama itu yang dianggap tidak wajar, beliau dan isteri, Marina Md Ramli, 47, tetap mahu menggunakannya.

“Memang bunyi agak kasar, bahkan beberapa kali pihak berkuasa menolak permohonan kami tapi mujurlah akhirnya lulus juga,” kata Marina sambil mengakui nama itu mudah diingati pelanggan.

Lagipun, katanya, sambutan pelanggan bukan pada nama tetapi lebih kepada jenis dan mutu makanan dihidangkan.

Dibuka tahun lalu, restoran itu ternyata mendapat sambutan sehingga pekerja tidak menang tangan melayan pelanggan.

Faktor itu juga mendorong pasangan itu bakal membuka sebuah lagi cawangan di Taman Klebang Utama.

“Ketika mula dibuka, Restoran Melantak khusus pada masakan Barat sebelum ditambah juadah ala Kopitiam. Di restoran kedua nanti turut menyediakan masakan asam pedas, masak lada dan sup claypot selain nasi ayam Hainan, ‘sizzling’ dan piza.

“Pendek kata, restoran kedua Melantak Steak Hub menepati cita rasa golongan muda dan tua,” katanya.

Katanya, keistimewaan asam pedas dan lada ‘claypot’ terletak pada pelbagai pilihan bahan salai diguna, antaranya itik, daging, puyuh dan keli.

“Kami juga sediakan masakan ‘claypot’ bersama ikan jenahak, siakap, pari dan tenggiri segar yang dibekal nelayan dari Pantai Putri berdekatan.

Kamarul Hisyam pula berkata, mereka membeli daging mentah daripada pembekal daging terkemuka di negara ini iaitu Me’nate Steak Hub, syarikat Bumiputera berpangkalan di Lembah Klang.

Syarikat itu mengimport daging halal dari Australia. Daging stik bermutu ditawarkan ialah Wagyu, Angus, Grass, Fed dan Grain.

Makanan Barat ditawarkan Melantak Steak Hub meliputi daging lembu dan kambing panggang pelbagai perasa, pasta, makanan laut seperti salmon, sotong, burger, chips dan starter.

Mengenai rekaan dalaman restoran, Melantak Steak Hub berkedudukan di lot tengah kedai. Tarikan terbias pada pemilihan warna hijau zaitun di dinding yang diselitkan sedikit aura tradisional menerusi penggunaan kemasan rotan anyaman dan kayu warna semula jadi pada dinding.

Menariknya di Melantak, pelanggan berpeluang memilih sendiri jenis daging dikehendaki dari peti sejuk beku. Setiap ketulan daging atau tulang berbungkus dalam plastik lut sinar, siap ada tanda harga, jadi pelanggan boleh mengira sendiri anggaran bajet sebelum diserah kepada pelayan untuk dimasak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2016 @ 10:29 AM