Pengurus Besar Jualan Jotun, Kenny Bi (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad bersama Pengurus Besar BCI Asia Malaysia Cik Kok Sook Leng (kanan), menyampaikan anugerah kepada Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Seri Daniel Lim Hock Sing (dua dari kanan) di BCIAA yang berlangsung di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Pemaju perumahan terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) dinobatkan sebagai 10 Pemaju Terbaik 2023 di Anugerah BCI Asia (BCIAA).

Anugerah ini turut mengiktiraf pencapaian pemaju hartanah serantau yang memberi impak besar di seluruh Asia.

Pengerusi Eksekutif LBS Tan Sri Ir Lim Hock San berkata, kelestarian dalam perumahan adalah sangat penting bagi LBS.

Katanya, ini kerana manfaatnya amat besar baik kepada pembeli rumah mahupun alam sekitarnya, di mana jejak ekologi mampu dikurangkan dan sekali gus memelihara sumber semula jadi yang amat berharga.

"Penerimaan positif konsep kelestarian dalam perumahan bukan sahaja melindungi masa depan bumi kita malah membantu meningkatkan kesejahteraan dan keselesaan penduduk, di samping turut menjadikannya usaha yang bermakna untuk masa depan yang lebih bertanggungjawab dan berdaya tahan.

"Tahun ini, projek yang dimenangi LBS adalah Melodi Perdana, terdiri daripada empat blok kediaman sebanyak 1,520 unit.

"Projek ini mempunyai purata saiz binaan yang selesa dengan 901 kaki persegi dan pembangunan Melodi Perdana ini dilaksanakan berdasarkan teras utama LBS iaitu mampu milik, rangkaian hubungan, komuniti dan kelestarian.

"Lebih utama lagi, kesemua unit ini dibina sebagai komitmen LBS untuk membantu negara memenuhi permintaan hartanah pada harga berpatutan," katanya.

Beliau berkata, LBS amat teruja apabila dinobatkan sebagai salah satu daripada 10 pemaju terbaik di Asia dan menerima pengiktirafan di Malaysia.

"Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang menyokong LBS dan pastinya kami akan terus berusaha dengan lebih kuat untuk kekal menjadi pemaju pilihan," katanya.

Majlis makan malam gala Anugerah BCI Asia 2023 diadakan di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, bagi mengalu-alukan pembabitan barisan pemaju hartanah terkemuka di Malaysia.

Anugerah ini turut mengiktiraf pencapaian pemaju hartanah serantau yang memberi impak besar di seluruh Asia.

TAMAT.

lbs2606

Pengurus Besar Jualan Jotun, Kenny Bi (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad bersama Pengurus Besar BCI Asia Malaysia Cik Kok Sook Leng (kanan), menyampaikan anugerah kepada Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Seri Daniel Lim Hock Sing (dua dari kanan) di BCIAA yang berlangsung di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Jun 2023 @ 3:18 PM