PENGARAH Eksekutif LBS, Datuk Seri Daniel Lim Hock Sing dan isteri, Datin Seri Catherine Wong di BCI Asia Awards 2022.
PENGARAH Eksekutif LBS, Datuk Seri Daniel Lim Hock Sing dan isteri, Datin Seri Catherine Wong di BCI Asia Awards 2022.

LBS Bina Group Berhad meraih satu lagi kemenangan untuk Anugerah 10 Pemaju Terbaik 2022 di Anugerah BCI Asia (BCIAA).

Anugerah itu mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada pemaju di seluruh Asia Tenggara.

Kedudukan 10 teratas BCI Asia bagi pemaju tahun 2022 dirangka untuk mempamerkan gambaran antarabangsa melalui sumbangan mereka menerusi seni bina yang mampan dalam tujuh pasaran serantau di seluruh Asia.

Usaha LBS yang berterusan dalam meningkatkan jumlah perumahan mampu milik di samping membina komuniti yang mampan dan mesra alam adalah sumbangan terbesar kepada pertumbuhan yang baik.

Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San berkata, peluang sentiasa wujud ketika ia diperlukan terutama dalam tempoh pandemik ini.

"Tahun ini sahaja, empat projek kami iaitu Kita Impian dan Kita Harmoni @ Cybersouth, LBS Skylake Residence @ Puchong dan Vines 3 di Cameron Higlands terjual sepenuhnya.

"Di samping itu, LBS Bina juga berjaya mengatasi sasaran jualan hingga kini. Bagi saya, ini membuktikan bahawa LBS Bina menawarkan produk yang tepat pada waktu yang tepat kepada pembeli sasaran kami, sama ada pembeli rumah pertama atau mereka yang ingin menambah baik rumah mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2022 @ 7:01 AM