Dari kiri, Dr Abdul Razak,  Adenan, Ismail,  Aniza  dan  Vignaesvaran selepas menyampaikan anugerah.
Dari kiri, Dr Abdul Razak, Adenan, Ismail, Aniza dan Vignaesvaran selepas menyampaikan anugerah.
myMetro

Kuala Lumpur: Media Prima Berhad (Media Prima) menerusi anak syarikat Rangkaian Radio Media Prima, Max-Airplay Sdn Bhd yang mengendalikan stesen radio Fly FM menerima Anugerah Menteri Sumber Manusia 2016 yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, malam kelmarin.

Pengurus Besar Pembangunan Bakat Sumber Manusia dan Perhubungan Pekerja Kumpulan Media Prima, Aniza Zain yang mewakili Media Prima menerima anugerah berkenaan.

Pada majlis itu, pemenang anugerah turut menerima sijil penghargaan yang disampaikan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Adenan Ab Rahman, Pengerusi Lembaga Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) Datuk Dr Abdul Razak Abdul dan Ketua Pegawai Eksekutif HRDF Datuk C M Vignaesvaran.

Anugerah yang diterima MPB itu sebagai pengiktirafan kepada majikan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sumber manusia di negara ini.

Anugerah berkenaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu majikan daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana, dan majikan daripada Perusahaan Besar untuk sektor Pembuatan, Perkhidmatan, Perlombongan dan Kuari.

Pemenang anugerah dinilai berdasarkan prestasi dalam pembangunan sumber manusia yang dilaksanakan majikan sepanjang 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 10:03 AM