TUNE Insurance Malaysia Bhd (Tune Protect) melancarkan cawangan gaya hidup pertamanya, yang disepadukan dengan kafe, Hope Coffee and Eggdicted di Bukit Jalil yang menampilkan susun atur konsep terbuka, menolak stereotaip bahawa syarikat insurans adalah serius dan membosankan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Protect Malaysia Jubin Mehta berkata, pembukaan cawangan gaya hidup itu bertujuan menyediakan pengalaman pelanggan moden dan menarik serta mentakrifkan semula pengalaman insurans.

Hope Coffee and Eggdicted dimiliki dan dikendalikan Incite Foodtech Group.

"Cawangan gaya hidup ini adalah yang pertama bagi kami di Tune Protect dan kami berharap dapat mengembangkan konsep seperti ini ke wilayah lain di Malaysia," kata Jubin sambil menambah syarikat itu percaya cawangan gaya hidup itu memberi kelebihan daya saing kepada syarikat insurans gaya hidup digital.

Sementara itu, CEO Bersama Kumpulan Incite Foodtech Karen S Puah berkata, ia adalah yang pertama dan pihaknya berhasrat membuka lebih banyak lagi (cawangan kafe bersepadu) menjelang akhir tahun ini.

"Bersama-sama kami mahu mengubah perniagaan insurans serta kopi," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2023 @ 7:20 AM