PEMBUKAAN semula A&W Pantai Batu Buruk, Terengganu.
PEMBUKAAN semula A&W Pantai Batu Buruk, Terengganu.

SYARIKAT perintis dalam industri makanan segera, A&W Malaysia, membuka semula cawangan popularnya di Pantai Batu Buruk, Terengganu selepas pengubahsuaian menyeluruh yang pertama sejak cawangan itu mula beroperasi pada Ogos 1996.

Sebagai bukti komitmen berterusan A&W Malaysia untuk melabur dalam jenama dan restorannya, cawangan Pantai Batu Buruk kini menampilkan dekorasi dan suasana retro moden yang elegan, dengan mengekalkan warisan makanan dan minuman (F&B) yang sentiasa menjanjikan sesuatu baharu dan inovatif.

Ketua Pegawai Operasi A&W Malaysia, Sophia Ch'ng berkata, pembukaan semula A&W Pantai Batu Buruk adalah peristiwa penting bagi jenama A&W kerana ini salah satu cawangan paling berjaya di Malaysia.

Katanya, jelas sekali, jenama A&W memberi kesan positif dalam komuniti dan pelancong yang berduyun-duyun ke lokasi yang indah ini.

"Kami komited untuk memastikan jenama dan restoran kekal segar, bertenaga dan menarik untuk beberapa tahun akan datang.

"Kami sudah melabur lebih RM3 juta untuk membaik pulih sepenuhnya cawangan ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Disember 2022 @ 7:10 AM