WAN Razly (kiri), Agil (dua dari kiri) dan Dr Mohd Suzeren (tengah) melancarkan kad kredit/debit Alumni UKM Affin. - Gambar NSTP/ROHANIS SHUKRI
WAN Razly (kiri), Agil (dua dari kiri) dan Dr Mohd Suzeren (tengah) melancarkan kad kredit/debit Alumni UKM Affin. - Gambar NSTP/ROHANIS SHUKRI

! Sri Ayu
Kartika Amri

@[email protected]

AFFIN Bank Berhad menjalin kerjasama yang pertama seumpamanya dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi memperkenalkan Kad Kredit dan Debit Jenama Bersama Alumni UKM AFFIN yang direka khusus buat warga UKM.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan UKM dan yakin kerjasama ini akan membawa manfaat secara terus kepada pemegang kad.

Katanya, semua warga UKM termasuk alumni boleh menikmati keistimewaan yang ditawarkan oleh kad kredit dan debit ini serta produk lain dan penyelesaian kewangan Affin Bank yang akan disediakan pada kadar kompetitif.

"Kerjasama seumpama ini adalah bukti komitmen Affin Bank untuk meluaskan jaringan segmen pelanggan kami ke arah memudahkan akses kepada perkhidmatan perbankan.

"Ini adalah selaras dengan komitmen bank ke arah menyediakan perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingan," katanya pada majlis pelancaran Kad Alumni UKM AFFIN di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Affin Bank, Datuk Agil Natt dan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar UKM, Prof Madya Dr Mohd Suzeren Md Jamil.

Kad Alumni UKM AFFIN ini menawarkan pelbagai tawaran istimewa antaranya merangkumi identiti berserta paparan maklumat akronim fakulti dan tarikh graduasi, pengecualian yuran tahunan seumur hidup, tiga mata ganjaran untuk jamu selera, transaksi dalam talian, luar negara atau e-dagang serta kadar yang kompetitif untuk produk khusus Affin Bank.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2022 @ 7:10 AM