Selepas setahun, MR DOLLAR berjaya membuka cawangan ke-50 di Sunway Pyramid.
Selepas setahun, MR DOLLAR berjaya membuka cawangan ke-50 di Sunway Pyramid.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: MR DOLLAR, anak syarikat MR DIY Group (M) Berhad, mengumumkan pembukaan cawangan ke-50 di Sunway Pyramid, menjadikan jumlah cawangannya di seluruh negara ketika ini mencecah 50 cawangan.

Naib Presiden Pemasaran, MR DIY Group, Andy Chin berkata, rakyat Malaysia boleh mendapatkan pelbagai jenama makanan kegemaran mereka seperti Maggi, Oreo, Coca Cola, dan banyak lagi di MR DOLLAR.

"Kami menawarkan pelbagai jenis produk dalam 10 kategori iaitu coklat dan manisan; snek dan biskut; bahan-bahan masakan; barangan runcit; minuman; produk bakeri; makanan sejuk beku; keperluan rumah; perkakasan; dan alat tulis, mainan dan sukan dengan setiap satunya berharga RM2 atau RM5.

"Kami berazam untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan barangan keperluan isi rumah pada harga yang berpatutan," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, matlamat MR DOLLAR adalah untuk menjadikan produk-produk F&B dan keperluan rumah lebih mudah didapati oleh lebih ramai pengguna.

"Dengan menetapkan harga "Always RM2 or RM5", kami memastikan orang ramai dapat berbelanja dengan yakin, mengikut kemampuan mereka, di samping menjamin kualiti produk yang mereka beli," katanya.

Jenama MR DOLLAR semakin dikenali rakyat Malaysia sejak cawangan pertamanya dilancarkan di Cheras pada Ogos 2020, dan selepas setahun, ia berjaya membuka cawangan ke-50.

Seperti MR DIY, MR DOLLAR direka untuk membantu rakyat Malaysia memanfaatkan wang mereka sepenuhnya dan menikmati nilai terbaik dari setiap pembelian.

"Ia adalah satu lagi cara kami menyampaikan janji 'Always Low Prices' kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

"Kami teruja untuk terus mengembangkan rangkaian kedai kami dan menjadikan kedai-kedai kami lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia," katanya.

Bersempena upacara pembukaan cawangan baharu di Sunway Pyramid ini, MR DOLLAR akan menawarkan promosi "You Shop, We Pay!" dari 5 hingga 7 November 2021 di mana ia akan menaja sepenuhnya pembelian setiap pelanggan yang ke-50.

Aktiviti-aktiviti menarik yang lain termasuklah "DOLLAR Chamber", "DOLLAR free gifts", dan "Sotong Game Treasure Hunt".

MR DOLLAR juga akan menganjurkan "50th Store Celebration Special Deal", dengan rangkaian menarik menampilkan 40 produk dari barangan runcit ke produk keperluan rumah dan peralatan perlindungan diri (PPE) pada harga tetap RM2 dan RM5, sementara stok masih ada.

Selain harga menarik, MR DOLLAR juga menawarkan persekitaran membeli-belah yang selesa, dengan lebih 12,000 pilihan produk disediakan dalam lokasi berkeluasan 8,000 kaki persegi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 November 2021 @ 7:58 PM