PEMBUKAAN cawangan ke 800 Mr DIY di Pavilion Bukit Jalil. FOTO Saifullizan Tamadi
PEMBUKAAN cawangan ke 800 Mr DIY di Pavilion Bukit Jalil. FOTO Saifullizan Tamadi
Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: MR DIY Group (M) Bhd (MR DIY) giat memperkukuhkan jenama sebagai peruncit pembaikan rumah terbesar di pasaran Malaysia dengan pembukaan cawangan MR DIY ke-800 di Pavilion Bukit Jalil.

Ketua Pemasaran MR DIY, Alex Goh berkata, pihaknya berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia sejak awal pembukaan cawangan pertama MR DIY, 17 tahun lalu.

"Cawangan kami di Pavilion Bukit Jalil berkeluasan lebih 18,000 kaki persegi dan mempunyai kira-kira 18,000 produk daripada lima kategori iaitu perkakasan, keperluan rumah dan perabot, elektrik, alat tulis serta kelengkapan sukan.

"Kami turut memasukkan produk MR TOY, bagi memberi tawaran mainan harga nilai untuk wang, Always Low Prices, Always Fun kepada pelanggan

"Kami di MR DIY amat teruja dengan pembukaan cawangan baharu di Pavilion Bukit Jalil dan akan sentiasa berusaha menepati janji Always Low Prices untuk kehidupan baharu dan lebih menarik," katanya, dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pembukaan cawangan ke-800 ini adalah sangat penting bagi jenama mereka dan teruja kerana dapat membuka sebuah gedung yang menampilkan produk terbaik MR DIY, termasuklah rangkaian MR TOY.

Dalam pada itu, MR DIY turut mengadakan pelbagai aktiviti dan promosi menarik bermula (esok) 28 Januari hingga 30 Januari ini sebagai tradisi pembukaan cawangan baharu.

Menurutnya, pelanggan setia layak untuk menyertai peraduan Shopping Spree, di mana mereka berpeluang untuk memutarkan Wheels of Weapon dan Climbing Wall Challenge dengan setiap pembelian RM80 ke atas dalam satu resit.

"Menerusi peraduan ini, pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah berupa baucer wang tunai daripada MR DIY dan MR DOLLAR.

"Kami juga mengadakan penstriman langsung secara interaktif di laman Facebook, di mana pelanggan berpeluang memenangi baucer wang tunai MR DIY.

"Bukan itu sahaja, 800 pelanggan terawal yang datang ke kedai dan membelanjakan minimum RM40 setiap hari sepanjang tiga hari pembukaan (28, 29, 30 Januari) turut berpeluang membawa pulang barangan percuma seperti botol dan payung MR DIY, sementara stok masih ada," katanya.

Sempena pembukaan cawangan ke-800, pelanggan di seluruh negara dapat terus menikmati inisiatif Price Lock: Harga Kami Tetap Sama, di sama pihaknya mengunci harga MR DIY, MR DOLLAR dan MR TOY hingga 31 Mac 2022.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR DIY, www.mrdiy.com, platfrom e-dagang, www.mrdiy.com.my, dan media sosial MR DIY di Facebook serta Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 January 2022 @ 12:02 PM