KAKITANGAN MR DOLLAR menunjukkan barangan  ditawarkan.
KAKITANGAN MR DOLLAR menunjukkan barangan ditawarkan.

Kuala Lumpur: MR DOLLAR, anak syarikat MR DIY Group (M) Bhd melancarkan kempen Raya Kami Termurah, dengan pelbagai produk ditawarkan pada harga RM2 dan RM5.

Tawaran hebat itu termasuk minyak wangi gel Ambi Pur yag ditawarkan pada harga RM2 setiap satu apabila membuat mana-mana dua pembelian detergen pakaian; makanan sejuk beku seperti kentang goreng pada harga RM2 dan daging burger Ramly pada RM5.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY, Alex Goh berkata, sebagai jenama Malaysia, syarikat itu memahami betapa pentingnya sambutan perayaan mahu menjadikannya lebih istimewa untuk pelanggan.

"Promosi Raya Kami Termurah ini disusun khas untuk memenuhi keperluan mereka yang meraikan, dengan pelbagai jenis F&B (makanan dan minuman), bakeri, barangan runcit dan keperluan rumah, untuk memastikan pelanggan kami memanfaatkan ringgit mereka dan mendapat lebih nilai dengan setiap pembelian," katanya.

Kempen Raya Kami Termurah MR DOLLAR sedang berlangsung seiring dengan kempen Mega Cashback yang anjurkan syarikat itu.

Goh berkata, peruncit perkakas rumah terkemuka di Malaysia bekerjasama dengan tiga penyedia perkhidmatan kewangan untuk menawarkan pulangan tunai dalam kedai yang menarik dan diskaun di kedai MR DOLLAR dengan pembayaran dibuat melalui e-dompet.

"Matlamat kami adalah untuk menjadikan barangan lebih mampu milik, lebih mudah dan lebih bermanfaat untuk rakyat Malaysia pada hari raya ini," katanya.

Selain promosi itu, pelanggan yang berbelanja minimum RM30 di kedai MR DOLLAR di seluruh negara akan menerima pek sampul raya percuma (sementara stok masih ada).

Promosi Raya Kami Termurah berlangsung di semua cawangan MR DOLLAR di seluruh Malaysia.

Untuk senarai penuh produk yang ditawarkan, layari https://www.mrdollar.co/promotion/223/MR.DOLLAR-Raya-Kami-Termurah-2022/.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2022 @ 7:10 AM