BAUCAR pulangan tunai dari MR DIY dikreditkan secara automatik ke akaun mereka yang menebus kredit eBelia melalui ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.
BAUCAR pulangan tunai dari MR DIY dikreditkan secara automatik ke akaun mereka yang menebus kredit eBelia melalui ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

MR DIY Group (M) Berhad (MR DIY) bekerjasama dengan ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet untuk inisiatif eBelia dengan menawarkan baucar pulangan tunai dari MR DIY.

Baucar pulangan tunai itu akan dikreditkan secara automatik ke akaun mereka yang menebus kredit eBelia melalui ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet.

Pengguna ShopeePay akan menerima baucar pulangan tunai bernilai RM5 yang boleh ditebus semula di cawangan MR DIY dan MR DOLLAR dengan pembelian minimum RM10 manakala pengguna Touch 'n Go eWallet akan menerima baucar pulangan tunai bernilai RM2 yang boleh ditebus di cawangan MR DIY dengan perbelanjaan minimum RM40. Semua baucar yang diberikan akan mengikut konsep siapa cepat dia dapat dan penebusan adalah terhad kepada satu baucar bagi setiap penerima eBelia.

Naib Presiden Pemasaran MR DIY Group, Andy Chin berkata, sebagai jenama kelahiran Malaysia, pihaknya sentiasa mencari jalan untuk menyokong rakyat dan membantu mereka mendapat lebih nilai untuk wang.

"Kerjasama dengan ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet ini membolehkan belia Malaysia mendapat lebih nilai dari program eBelia yang dianjurkan oleh Kerajaan, di samping menggalakkan generasi muda untuk mengamalkan gaya hidup tanpa tunai.

"Kami mempunyai pelbagai rangkaian produk yang sesuai digunakan oleh pelajar dan belia untuk pembelajaran, termasuklah alat tulis, aksesori komputer dan aksesori telefon pintar.

"Ini membantu belia Malaysia untuk terus memenuhi keperluan gaya hidup dan pembelajaran mereka tanpa perlu berbelanja keterlaluan. Ia adalah antara cara kami untuk memenuhi janji Always Low Prices," katanya dalam kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Julai 2021 @ 7:30 AM