Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San.
Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) memperkenalkan projek terbaru mereka, Prestige Residence, pangsapuri servis merangkumi 1,450 unit yang dibina di atas tanah seluas 3.23 hektar di Seri Kembangan, Selangor dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM301 juta.

Prestige Residence akan menjadi kediaman sempurna, baik untuk mereka yang baru berkeluarga mahupun untuk golongan individu berkerjaya.

Terdiri daripada tiga jenis susun atur, dengan ukuran binaan bermula daripada 600 kaki persegi (kps) sehingga 850 kps dan harga permulaan yang berpatutan iaitu RM270,000 seunit.

Dilengkapi 40 kemudahan dan rumah kelab dua tingkat yang eksklusif, bakal pemilik residensi ini mempunyai pelbagai pilihan aktiviti untuk memupuk sesi ikatan keluarga yang sihat di samping mempromosikan semangat muafakat dalam masyarakat.

Kediaman ini juga menyediakan akses mudah ke lebuh raya utama dan pelbagai kemudahan awam utama, seperti hab komersial, institusi kewangan, lapangan terbang antarabangsa, penyedia perkhidmatan kesihatan, dan banyak lagi kemudahan lain.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, beliau sentiasa mempercayai bahawa generasi masa hadapan patut memulakan langkah pertama dengan membeli rumah yang mampu dimiliki dan berkualiti.

Selain itu katanya, lokasi yang strategik juga penting kerana ia membuka peluang pekerjaan dan pendidikan kepada pemilik kediaman.

"Perkara terakhir yang menjadi asas kepada pembinaan projek LBS adalah komuniti, di mana ia amat penting bagi pembeli baik untuk dijadikan sebagai tempat tinggal ataupun untuk tujuan pelaburan pada masa hadapan.

"Prestige Residence adalah lambang penyatuan ketiga-tiga asas yang menjadi pegangan LBS.

"Saya yakin bahawa Prestige Residence berupaya menterjemahkan kemampuan LBS di dalam memberikan peluang bagi pembeli rumah pertama untuk mendapatkan kediaman mereka dengan harga yang menarik dan kualiti binaan yang baik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sempena dengan pelanjutan tarikh kempen Bonanza Vacci-Nation sehingga ke penghujung tahun 2021, ini adalah masa yang amat sesuai bagi pembeli rumah untuk mendapatkan rumah impian mereka, di mana LBS akan memberikan insentif tunai berjumlah RM671,120 serta insentif tunai tambahan sehingga RM334,500 bagi mereka yang telah mendaftar atau lengkap divaksinasi.

Baru-baru ini, LBS Bina turut memberikan hadiah bernilai RM445,000 pada pusingan pertama cabutan bertuah kempen LBS Fabulous 20-21.

Oleh itu, pembeli rumah Prestige Residence yang membuat pesanan sehingga akhir tahun layak untuk menyertai cabutan bertuah pusingan ke-2. Hadiah lumayan dan menarik seperti Proton X70, Persona, Iriz, Exora bernilai lebih dari RM750,000 menanti untuk dimenangi.

Untuk maklumat terperinci mengenai projek Prestige Residence, sila kunjungi bilik pameran maya di https://prestigeresidence.com.my atau hubungi mereka di 1700 81 8998.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Oktober 2021 @ 7:26 PM