PENGERUSI Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San
PENGERUSI Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San

LBS Bina Group Berhad (LBS) melancarkan kempen pemasaran terbaharu, Vacci-Nation Bonanza yang memberi insentif tunai tambahan sehingga RM282,000 bagi pembeli rumah yang mendaftar untuk vaksinasi Covid-19 atau mereka yang divaksinasi.

Selain itu, pembeli rumah LBS juga masih berkesempatan untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai lebih dari RM1 juta.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, di bawah kempen Vacci-Nation Bonanza, pembeli kediaman LBS yang mengambil bahagian berpeluang untuk menikmati insentif tunai sebanyak RM565,000.

"Dalam usaha untuk menyokong mempertingkatkan kadar vaksinasi negara di samping membantu kerajaan untuk mencapai imuniti berkelompok, LBS juga akan memberikan insentif tunai tambahan sehingga RM282,000 bagi pembeli rumah yang mendaftar untuk vaksinasi Covid-19 atau mereka yang sudah divaksinasi.

"Sebagai 'Pemaju Perumahan Rakyat', LBS komited untuk menyokong agenda perumahan kerajaan dengan melancarkan Vacci-Nation Bonanza yang membolehkan pembeli rumah menikmati penjimatan besar ketika mereka membeli hartanah di projek perumahan LBS yang terpilih.

"Tempoh kempen Bonanza ini bermula dari 1 Julai lalu hingga 30 September depan. Sempena ketibaan bulan patriotik Hari Kemerdekaan serta sambutan Hari Malaysia, kami berharap insentif tunai ini dapat membantu mempromosikan pemilikan rumah di samping mempromosikan kepentingan vaksin dalam kalangan masyarakat," katanya dalam kenyataan.

Di bawah kempen ini, LBS menawarkan lapan tawaran hebat di bawah Vacci-Nation Bonanza termasuk hadiah menarik Kempen Pemilikan Rumah (HOC), yuran guaman percuma, cabutan bertuah LBS Fabulous 20-21, yuran tempahan rendah dan ganjaran kesetiaan.

Selain itu, pelanggan juga bakal menikmati skim bayaran fleksibel, bayaran keluar sifar dan pakej perabot rumah.

Sebagai sebahagian daripada kempen Vacci-Nation Bonanza, LBS juga memanjangkan tempoh Cabutan Bertuah LBS Fabulous 20-21, agar semua pembeli hartanah LBS yang mengambil bahagian, turut berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai lebih dari RM1 juta seperti Proton X50, komputer riba dan tablet.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Julai 2021 @ 7:00 AM