Pengarah LBS, Datuk Lim Han Boon (kiri) menerima trofi bagi pihak LBS di Anugerah StarProperty 2022 daripada Pengerusi Kumpulan Star Media, Tan Sri Chor Chee Heung (kanan).
Pengarah LBS, Datuk Lim Han Boon (kiri) menerima trofi bagi pihak LBS di Anugerah StarProperty 2022 daripada Pengerusi Kumpulan Star Media, Tan Sri Chor Chee Heung (kanan).
Bisnes HM


Kuala Lumpur: LBS Bina Group merekodkan kejayaan manis pada Anugerah StarProperty 2022 dengan pengiktirafan bagi beberapa kategori.

Antara kategori yang dimenangi adalah Anugerah All-Stars – Pemaju Perumahan Berprestasi Tinggi; Anugerah Pakar Strategi Digital (Cemerlang); Anugerah Perniagaan Hartanah (Pembangunan Komersial) bagi Cameron Centrum (Kepujian); Anugerah Highlander untuk Vines 3, Cameron Golden Hills (Merit); Anugerah Rumah Permulaan (Teres) untuk KITA Mesra Setingkat (Merit); Anugerah Mesra Keluarga (Bangunan Tinggi) untuk Prestige Residence (Merit) dan Anugerah Mesra Keluarga (Teres) untuk KITA Mekar Dua Tingkat (Merit).

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, misi LBS adalah untuk memberi pengalaman pemilikan rumah yang ideal, bermula daripada proses pemilihan sehingga ke pembelian rumah.

"Ini adalah antara sebab pertumbuhan teguh dalam bidang pendigitalan yang bukan sahaja membantu pembeli rumah untuk memiliki produk kami dengan mudah malah membantu kami memahaminya dengan lebih baik.

"Hasilnya, kami dapat membangunkan produk paling sesuai dengan pasaran kami.

"Visi kami bagi menyediakan rumah untuk rakyat sejajar dengan misi kerajaan dan ia mampu dicapai berkat kerjasama pasukan LBS serta kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan," katanya.

Disokong tiga tonggak utama LBS, iaitu Mampu Milik, Ketersambungan dan Komuniti, ia antara strategi kemenangan LBS di samping tumpuan kepada pendigitalan dan memahami keperluan negara untuk membina rumah berkualiti.

"Syarikat telah membangunkan rumah mampu milik selama lebih daripada tiga dekad secara progresif.

"Ini adalah bukti bahawa pembeli rumah menghargai pembangunan hartanah berpaksikan komuniti LBS," katanya.

Sinonim sebagai peneraju utama dalam pasaran hartanah, LBS mempunyai pembangunan di seluruh Lembah Klang, Pantai Timur, Wilayah Utara dan Selatan Malaysia.

Sehingga kini, LBS telah membina lebih daripada 30,000 unit kediaman.

Pada masa ini, LBS mempunyai 16 projek yang sedang berjalan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2022 @ 5:04 PM