JAMALUDDIN memberi ucapan ketika majlis pengumuman  Sifubads Millionaire Conference.
JAMALUDDIN memberi ucapan ketika majlis pengumuman Sifubads Millionaire Conference.
hmdigital

KUALA LUMPUR: SifufBads menyasarkan 7,000 peserta hadir pada program SifufBads Millionaire Conference Live yang akan diadakan di Kompleks IDCC di sini, bermula 5 hingga 7 Julai ini.

Pengasas dan Pengarah Urusan SifufBads Sdn Bhd, Jamaluddin Bahari berkata, program bertujuan memperkasakan usahawan tempatan dengan teknik dunia pemasaran digital.

Katanya, selaku pakar motivasi terkenal dalam dunia perniagaan pemasaran digital, syarikat itu mahu lebih ramai usahawan baharu daripada pelbagai lapisan masyarakat menyertai perniagaan dalam talian.

Beliau berkata, ini kerana dunia tanpa sempadan kini bukan hanya membawa pelbagai maklumat tetapi harus dimanfaat sebagai platform dunia perniagaan dalam era digital ketika ini.

“Jika sebelum ini kami menyasarkan golongan pengasas syarikat, kini kami mahu menyebarkan ilmu perniagaan digital ini kepada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya yang lebih dikenali sebagai Sifu Jamal, dalam satu kenyataan.

Pendaftaran SifufBads Millionaire Conference Live bermula Mei lalu di laman web http://www.sifubads.com/DMC2019 juga di semua platform media sosial rasmi SifufBads.

Antara kelainan program pemasaran digital SifufBads kali ini menampilkan 10 penceramah atau panel terbaik yang berjaya di bawah payung program seminar sejak 2012.

Jamaluddin yang juga popular sebagai penganjur seminar, kelas dan konsultansi pemasaran Internet kini mempunyai 300,000 peserta yang mengikuti programnya.

“Antara agensi kerajaan menggunakan kepakaran pemasaran digital saya ialah Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan, MARA, Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) dan Institut Latihan Keusahawanan Negara (INSKEN).

“Sementara itu, selebriti seperti Dianz, Mamadil, De’Xandra, Wildan, Neelofa dan Datuk Seri Vida antara alumni yang berjaya bergelar jutawan,” katanya.

Terdahulu pada 30 April lalu, beliau melancarkan bukunya, 57 Marketing Untuk Si Pemalas yang diberi secara 100,000 secara percuma dan pengumuman SifufBads Millionaire Conference di Sungai Besi.

Majlis turut diserikan dengan penampilan penyanyi Waris yang melancarkan lagu barunya khusus untuk SIFUFBADS bertajuk You Lambat, You Tertinggal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2019 @ 10:27 AM