Farah Izureen Izhar

INISIATIF pemasaran baharu Media Prima, Omnia ADvantage, direka untuk membantu perniagaan mengembangkan perniagaan mereka menggunakan pengiklanan yang mudah, berkesan dan sangat berpatutan dengan diskaun sehingga 80 peratus daripada kadar biasa.

Dengan capaian kolektif sebanyak 98 peratus rakyat Malaysia, peniaga yang ingin mengembangkan perniagaan mereka boleh mendapatkan akses kepada pelbagai platform pengiklanan televisyen, radio, media cetak dan digital.

Antara jenama Media Prima Omnia termasuklah TV3, TV8, Hot FM, Fly FM, NST, Harian Metro, Berita Harian, Says, Big Tree dan banyak lagi.

Peniaga boleh mengetahui cara untuk membina perniagaan mereka menggunakan kuasa televisyen, radio, media cetak, serta digital.

Image

Satu sesi rundingan bersemuka secara fizikal selama 45 minit akan diadakan secara percuma kepada peniaga yang berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Pelbagai strategi pemasaran menggunakan berbilang platform serta cara pemasaran kreatif akan diajar pada minggu tersebut.

Bukan itu sahaja, peserta juga boleh mendapatkan nasihat langsung pengiklanan dan pemasaran daripada profesional industri media.

Ketahui cara mengembangkan perniagaan dengan kuasa jenama media premium Malaysia dan terokai strategi mudah serta berpatutan untuk membantu mengembangkan perniagaan.

Peserta juga boleh mempelajari teknik mudah dengan kos yang rendah untuk membantu mengembangkan perniagaan serta kekal mendahului persaingan dengan melaksanakan kempen konsisten yang memaksimumkan interaksi khalayak ramai.

Program ini juga membolehkan peserta mendapatkan penyelesaian pemasaran dengan ROI (pulangan pelaburan) yang tinggi menerusi pelbagai pakej yang disediakan.

Peserta juga layak untuk mendapatkan diskaun pengiklanan sehingga 80 peratus berbanding kadar biasa untuk pemasaran.

Seminar pengiklanan ini yang akan diadakan selama seminggu mulai daripada hari Isnin hingga Jumaat, 20 hingga 24 Jun ini di Sofitel Kuala Lumpur Damansara.

Peniaga, pengurus perniagaan serta kakitangan agensi boleh menyertai program ini dengan mendaftar di laman sesawang Omnia ADvantage.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2022 @ 10:10 AM