Aksi pemandu McLaren, Lando Norris pada sesi latihan Formula Satu Grand Prix Itali. FOTO AFP
Aksi pemandu McLaren, Lando Norris pada sesi latihan Formula Satu Grand Prix Itali. FOTO AFP
AFP

LANDO Norris bersedia untuk menyertai Max Verstappen dan Pierre Gasly dalam mengambil penalti yang meletakkan mereka di barisan belakang kotak permulaan pada perlumbaan Formula Satu Grand Prix Itali, Ahad ini.

Pelumba baharu dari British menggunakan komponen enjin baru buat kereta McLarennya manakala pelumba Red Bull dan Toro Rosso mempunyai unit kuasa yang baharu.

Sayang sekali buat Norris apabila dia hampir mencapai penamat terbaik dalam Formula One pada perlumbaan Grand Prix Belgium Ahad lalu di mana dia berada pada kedudukan kelima sehingga enjin Renault gagal pada pusingan terakhir memaksa untuk menarik diri.

Rakan sepasukannya di McLaren Carlos Sainz juga berdepan masalah enjin, namun pasukannya berjaya memperbaikinya dan terus menggunakan unit berkenaan.

Verstappen dan Gasly berdepan penalti selepas mengambil enjin terbaru Honda bagi Monza.

Rakan sepasukan mereka kini Alex Albon dan Daniil Kvyat melakukan perkara sama minggu lalu di Belgium di mana mereka terpaksa berada dalam petak penalti.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 September 2019 @ 11:01 PM