VERSTAPPEN mempamer pemanduan meyakinkan. FOTO EPA
VERSTAPPEN mempamer pemanduan meyakinkan. FOTO EPA
AFP

Spielberg: Pemandu Red Bull dan pendahulu kejuaraan dunia, Max Verstappen akan bermula di petak pertama Grand Prix (GP) Austria esok selepas mengatasi pemandu McLaren, Lando Norris pada sesi kelayakan hari ini.

Petak pertama kali ketiga berturut-turut yang diraih Verstappen itu menyaksikannya di landasan tepat untuk melebarkan jurang pendahulu kepada lebih 18 mata berbanding pesaing terdekat, Lewis Hamilton pada pusingan kesembilan musim ini.

"Harap kami dapat menyelesaikannya esok," kata pemandu berusia 23 tahun itu yang menerima sokongan penyokong Belanda yang kembali memenuhi litar selepas pasca pandemik Covid-19.

Rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez akan bermula di barisan kedua bersama Hamilton.

Verstappen mendominasi sesi kelayakan pertama (Q1) dan kedua (Q2) sebelum melakukan catatan terpantas 1 minit 03.720 saat pada sesi kelayakan ketiga (Q3).

Norris terlepas untuk menyambar pertama pertama buat kali pertama selepas hanya tewas 0.048s namun masih mempamerkan pemanduan meyakinkan.

"Ia mungkin salah satu catatan masa sepusingan terbaik yang pernah saya lakukan. Ia meletakkan kami di kedudukan terbaik esok," kata Lando.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Julai 2021 @ 10:54 PM