VERSTAPPEN meraikan kejayaan di Litar Shanghai. FOTO Reuters
VERSTAPPEN meraikan kejayaan di Litar Shanghai. FOTO Reuters
Reuters

Shanghai: Juara dunia tiga kali, Max Verstappen memenangi Grand Prix (GP) China sulung dalam perlumbaan Formula Satu (F1) dengan Lando Norris dari McLaren menduduki tempat kedua untuk menafikan kemenangan satu-dua Red Bull.

Kemenangan daripada kedudukan petak utama di Litar Shanghai, yang kali terakhir menjadi tuan rumah pada 2019, adalah kejayaan keempat Verstappen dalam lima perlumbaan 2024 dan hadir selepas dia memenangi perlumbaan pecut pertama musim ini semalam.

Rakan sepasukan Sergio Perez, pesaing terdekat Verstappen dalam kejuaraan keseluruhan tetapi kini ketinggalan 25 mata, melengkapkan podium selepas perlumbaan berlangsung dalam keadaan litar kering dengan dua kali kereta keselamatan di bawa masuk.

Charles Leclerc dan Carlos Sainz dari Ferrari masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima, manakala pemandu Mercedes, George Russell meraih tempat keenam dan Fernando Alonso dari Aston Martin di tempat ketujuh dengan memperoleh mata bonus untuk pusingan terpantas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2024 @ 5:28 PM