BEZZECCHI pamer tunggangan cemerlang. FOTO AFP
BEZZECCHI pamer tunggangan cemerlang. FOTO AFP
AFP

Assen: Pelumba MotoGP, Marco Bezzecchi menyambar petak pertama Grand Prix (GP) Belanda dengan bergaya ketika Marc Marquez terus berdepan kesukaran.

Pelumba Itali itu meraih petak pertama kali kedua disaingan MotoGP selepas mencatat masa terpantas 1 minit 31.472 saat.

Beraksi bersama pasukan satelit Valentino Rossi, VR46 Ducati, menyertainya di barisan hadapan adalah juara dunia, Francesco Bagnaia dan rakan sepasukannya, Luca Marini.

"Saya sangat gembira dapat meraih petak pertama. Saya rasa selesa dengan jentera.

Selepas bergelut pada sesi latihan bebas semalam bersama jentera Ducati, Bagnaia akui berasa lega dapat menyambar petak kedua.

"Ia seperti malam dan siang berbanding pagi semalam apabila motosikal saya sukar untuk dikendalikan," kata Bagnaia.

Di belakang ketiga-tiga pelumba Ducati yang menguasai petak hadapan itu adalah pelumba Yamaha, Fabio Quartararo, diikuti pelumba KTM, Brad Binder dan Aleix Espargaro (Aprilia).

Bagi Marquez pula, dia berdepan satu lagi hari yang tidak menjadi bersama jentera Honda miliknya.

Juara dunia enam kali dari Sepanyol itu melalui musim yang sukar dan ia berterusan di Assen apabila bakal bermula di petak ke-17.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Jun 2023 @ 8:31 PM