Alex berjaya meraih petak utama GP Argentina. FOTO AFP
Alex berjaya meraih petak utama GP Argentina. FOTO AFP
AFP

Termas de Rio Hondo: Alex Marquez meraih petak utama MotoGP buat julung kali di Grand Prix (GP) Argentina di Litar Termas de Rio Hondo sebentar tadi.

Pelumba Sepanyol yang mewakili pasukan satelit Gresini Ducati, akan berada di barisan depan bersama Marco Bezzecchi (Ducati-VR46) dan penyandang juara Francesco Bagnaia (Ducati).

Abang Alex, yang juga juara dunia enam kali, Marc Marquez, terlepas perlumbaan esok berikutan mengalami kecederaan selepas aksi pembukaan musim di Portugal minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 April 2023 @ 11:59 PM