VINALES berjaya menguasai sesi kelayakan masa di Assen. FOTO EPA
VINALES berjaya menguasai sesi kelayakan masa di Assen. FOTO EPA
AFP

Assen: Maverick Vinales dari Yamaha akan memulakan perlumbaan MotoGP, Grand Prix (GP) Belanda di petak utama selepas mendominasi ketiga-tiga latihan bebas dan ujian masa.

Pelumba Sepanyol, yang mencatat masa pantas dalam ketiga-tiga sesi latihan bebas, mencatat masa 1 minit 31.814 saat (s)

Rakan sepasukan Vinales dari Perancis dan juga pendahulu keseluruhan, Fabio Quatararo mencatat masa kedua terpantas dengan perbezaan 0.071s, manakala pelumba Itali dari Ducati, Francesco Bagnaia di kedudukan ketiga (+0.302s).

Ia satu kebangkitan menakjubkan buat Vinales yang menamatkan perlumbaan di tempat terakhir minggu lalu di GP Jerman.

Dia jelas menikmati sebaiknya apabila kembali ke litar yang terkenal dengan gelaran Temple of Speed, selepas memenangi perlumbaan MotoGP di lokasi yang sama pada 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Jun 2021 @ 10:20 PM