MARTIN (tengah) meraikan kemenangan di kedudukan podium bersama Brad Binder kedua dan Aleix Espargaro ketiga. -FOTO Reuters
MARTIN (tengah) meraikan kemenangan di kedudukan podium bersama Brad Binder kedua dan Aleix Espargaro ketiga. -FOTO Reuters
AFP

Lusail, Qatar: Jorge Martin meraih mata pertama MotoGP musim ini apabila memenangi perlumbaan pecut di Qatar dengan juara bertahan dan juara dunia berganda Francesco Bagnaia di tempat keempat.

Martin yang bermula di petak utama, tewas tipis kepada Bagnaia dalam perebutan kejuaraan tahun lalu, mendahului perlumbaan di litar Antarabangsa Lusail itu.

Pelumba Sepanyol itu diekori rapat sehingga ke garisan penamat mengatasi Brad Binder dari Afrika Selatan (KTM) dan Aleix Espargaro (Aprilia).

Tetapi Martin mendedahkan selepas itu bahawa ia tidak sepenuhnya serasi dengan motosikal Ducati-Pramac miliknya.

"Ia pantas, hari ini saya hampir terbabas di banyak selekoh.

"Kami perlu banyak melakukan kerja dengan jentera dan mari perlumbaan seterusnya jika kami boleh menikmati kejayaan lebih besar (dalam grand prix)."

Binder tersenyum sambil berkata: "Ia sentiasa hebat untuk menamatkan perlumbaan di podium, terutamanya dalam perlumbaan pertama."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2024 @ 11:09 AM