BAGNAIA berjaya muncul juara GP Aragon. FOTO EPA
BAGNAIA berjaya muncul juara GP Aragon. FOTO EPA
AFP

Aragon: Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia berjaya mengetepikan juara dunia enam kali, Marc Marquez untuk memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon selepas bermula dari petak utama.

Fabio Quartararo dari Yamaha mengekalkan kedudukan teratas keseluruhan walaupun menamatkan saingan di tempat kelapan.

Ia adalah kejayaan sulung Bagnaia sejak penampilan kali pertama di kategori utama selepas meraih 10 kejuaraan sebelum ini bagi aksi Moto2 dan Moto3.

Selepas merangkul petak utama dengan mencatatkan rekod sepusingan semalam, Bagnaia memimpin perlumbaan dengan diekori Marquez. yang memburu kemenangan MotoGP buat kali ke-58.

Kedua-dua pelumba berjaya meninggalkan kumpulan besar dengan Marquez beberapa kali cuba melakukan serangan sehingga ke pusingan terakhir.

"Kejayaan hari ini adalah sangat melegakan. Kami bekerja keras untuk mendapatkan keputusan berkenaan," kata Bagnaia.

Penyandang juara, Joan Mir menduduki tempat ketiga.

Tatkala berbaki lima lagi pusingan Quartararo mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 214 mata, diikuti Bagnaia di tempat kedua (161) dan Mir ketinggalan empat mata di belakang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 September 2021 @ 9:56 PM