QUARTARARO kekal mendahului saingan MotoGP. FOTO AFP
QUARTARARO kekal mendahului saingan MotoGP. FOTO AFP
AFP

Spielberg: Juara dunia dari Perancis, Fabio Quartararo akan lebih berwaspada dengan cabaran daripada Francesco Bagnaia pada perlumbaan MotoGP Austria, Ahad ini.

Quartararo mendahului pesaing terdekat dari Sepanyol, Aleix Espargaro, yang tetap akan beraksi walaupun mengalami kecederaan patah tumit dengan 22 mata.

Bagaimanapun Bagnaia yang berada di tempat ketiga dengan ketinggalan 49 mata, dilihat menjadi pencabar utama selepas memenangi dua perlumbaan terakhir.

Musim lalu, Bagnaia beraksi bersama Ducati, menduduki tempat kedua manakala Quartararo di tempat ketujuh bersama jentera Yamaha.

Penamat kelapan pada GP Britain dua minggu lalu adalah sesuatu yang mengecewakan Quartararo selepas meraih tiga kemenangan dan enam podium selepas 12 perlumbaan.

"Kami tahu Spielberg bukanlah litar terbaik kami, tetapi saya berada di tempat ketiga di sini pada 2019 dan 2021.

"Selepas Silverstone, saya agak kecewa, tetapi akan cuba bangkit semula dan kekal fokus pada perlumbaan minggu ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2022 @ 9:53 AM