LEWIS Hamilton. FOTO AFP
LEWIS Hamilton. FOTO AFP
AFP

Mexico City: Lewis Hamilton tidak berhasrat untuk merangkul kejuaraan dunia kelapan tahun ini, perkara yang belum pernah berlaku sebelum ini jika ia akan membabitkan satu pelanggaran yang teruk dengan Max Verstappen.

Bercakap pada sidang media menjelang Grand Prix Mexico, juara dunia tujuh kali itu menolak cadangan daripada bos Mercedes, Toto Wolff yang mana penentu juara dunia mungkin boleh diselesaikan oleh kemalangan 'Senna-Prost'.

Dalam sesi temubual sebelum ini, Wolff dipetik berkata jika kejuaraan terpaksa ditentukan hingga ke perlumbaan terakhir dan 'sesiapa yang berada di hadapan (mengutip mata) mungkin akan berlaku perkara yang sama seperti seperti yang pernah berlaku kepada 'Senna-Prost."

Hamilton berkata: "Apa yang Toto katakan sebagai salah satu cara tapi saya sangat ragu dia akan cuba melakukannya. Kami tidak pernah memenangi kejuaraan dengan cara itu. Saya tidak pernah melakukannya dan saya tidak akan mahu.

"Dari perspektif dan sudut pandangan saya, saya di sini untuk menang dan dengan cara yang betul. Itu adalah melalui kemahiran, keazaman dan kerja keras."

Prost dan Senna bertembung pada 1989 dan 1990 di Grand Prix Jepun yang mana insiden itu menentukan kejuaraan dalam keadaan penuh kontroversi dan kemelut.

Hamilton lebih berhati-hati apabila ditanya sama ada dia bimbang Verstappen dari Red Bull yang kini mendahului dengan 12 mata dengan baki lima perlumbaan, dia mungkin tidak mempunyai pendapat yang sama.

j

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 November 2021 @ 10:52 AM