HAMILTON berjaya memenangi perlumbaan di Sao Paulo. FOTO AFP
HAMILTON berjaya memenangi perlumbaan di Sao Paulo. FOTO AFP
AFP

Doha: Penganjur Formula Satu (F1) menolak permintaan Mercedes untuk menilai semula cara pemanduan Max Verstappen ketika Grand Prix (GP) Sao Paulo.

Verstappen dikatakan menghimpit Lewis Hamilton namun Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) berkata, rayuan pasukan berkenaan gagal menampilkan bukti baru untuk insiden berkenaan.

Selepas insiden berkenaan, Hamilton berjaya memintas Verstappen 11 pusingan kemudian dan muncul juara perlumbaan untuk mengurangkan jarak kepada 14 mata dengan pemandu kelahiran Belanda itu.

Hamilton cuba memintas Verstappen di bahagian luar di selekoh tetapi pemandu Red Bull itu menutup ruang dan menyaksikan kedua-duanya terkeluar dari laluan litar.

Hamilton yang bermula dari petak ke-10 menyifatkan kemenangan itu sebagai aksi terbaik pernah ditampilkan sepanjang karier.

Bos Mercedes, Toto Wolff berkata, keputusan untuk tidak mengenakan hukuman terhadap Verstappen sudah dijangka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 November 2021 @ 3:17 PM