WILLIAMS (kanan) ketika bersama pelumba Mercedes, Lewis Hamilton. FOTO Agensi
WILLIAMS (kanan) ketika bersama pelumba Mercedes, Lewis Hamilton. FOTO Agensi
AFP

London: Pasukan Formula Satu (F1), Williams berkata pengasas mereka, Frank Williams dimasukkan ke hospital di mana keadaannya berada dalam keadaan stabil.

Williams yang berusia 78 tahun memperkenalkan pasukan berkenaan pada 1977 dan berjaya merangkul sembilan kejuaraan kategori pengeluar dan tujuh kali bagi trofi pelumba, di mana kejayaan kali terakhir dicatatkan pada 1997.

"Sir Frank Williams baru saja dimasukkan ke hospital di mana beliau berada dalam keadaan stabil.

"Keadaan kesihatan Frank dirahsiakan dan sebab itulah keluarganya tidak mengeluarkan sebarang maklumat lanjut buat masa sekarang.

"Kami meminta anda semua untuk menghormati peribadi keluarganya. Pasukan akan mengeluarkan sebarang maklumat terkini pada masa akan datang," jelas pasukan berkenaan.

Williams menggunakan kerusi roda sejak terbabit dalam kemalangan di Perancis pada 1986.

Beliau meletak jawatan daripada pengurusan pasukan Williams pada 2012 dan tidak lagi terbabit dalam pasukan sejak September lalu, selepas menjualnya kepada Dorilton Capital.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2020 @ 1:10 PM