Pemandu pasukan Williams, Robert Kubica bersama jenteranya ketika sesi latihan Grand Prix Formula Satu di Azerbaijan. FOTO EPA.
Pemandu pasukan Williams, Robert Kubica bersama jenteranya ketika sesi latihan Grand Prix Formula Satu di Azerbaijan. FOTO EPA.
Reuters

WILLIAMS bukan untuk dijual, kata naib prinsipal pasukan Formula Satunya, Claire Williams selepas pasukan itu dilaporkan menarik minat beberapa pelabur Russia.

Terdapat spekulasi mengenai jutawan baja, Dmitry Mazepin dilaporkan mempertimbangkan untuk membuat pelaburan terhadap bekas pasukan juara dunia itu.

Williams memberitahu wartawan di Grand Prix Azerbaijan hari ini pasukan itu tidak akan berubah pemilik dan tiada perbincangan dilakukan langsung dalam tempoh terdekat kebelakangan ini bersama Dmitry.

“Kami hanya melakukan penerangan dalam pertengahan tahun lepas, namun susulan kepada itu memang tiada langsung perbincangan,” kata anak perempuan kepada pengasas bersama pasukan itu, Frank Williams.

“Saya hanya mahu memperkatakan lebih jelas mengenainya: Williams bukan untuk dijual.

“Saya mahu keluar dan membuktikan bahawa kami mampu melakukan seperti apa yang sukan ini mampu berikan - dan untuk kembali ke podium seterusnya memenangi perlumbaan semula,” katanya.

Williams adalah antara tiga pasukan berjaya dalam sejarah Formula Satu yang mencapai kemenangan memenangi kejuaraan perlumbaan hanya di belakang Ferrari dan McLaren.

Namun kejayaan terakhir pasukan itu adalah pada 2012 dan mereka berada di kedudukan terbawah ranking pada tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2019 @ 11:07 AM