Aksi Alcaraz ketika menentang Djokovic
Aksi Alcaraz ketika menentang Djokovic

Reuters

London: Carlos Alcaraz dari Sepanyol mempamerkan persembahan yang sangat mantap untuk menghancurkan impian Novak Djokovic dari Serbia 6-2, 6-2, 7-6(4) dalam perlawanan ulangan final Wimbledon tahun lalu untuk sekali berjaya mempertahankan gelarannya.

Alcaraz kini memiliki empat trofi Grand Slam dengan rekod sempurna dalam final utama, selepas dua kemenangan Wimbledon, kemenangan Terbuka AS pada 2022 dan terbaharu diTerbuka Perancis bulan lalu.

Alcaraz menunjukkan piala yang dimenangi selepas memenangi kejohanan Wimbledon
Alcaraz menunjukkan piala yang dimenangi selepas memenangi kejohanan Wimbledon

Bagi Djokovic, kekalahan ini juga menafikannya untuk meraih gelaran Grand Slam ke-25 untuk melepasi Margaret Court dalam senarai sepanjang masa dan juga menyamai pencapaian Roger Federer dengan lapan gelaran perseorangan lelaki di Wimbledon.

lcaraz merampas peluang pada mata 'break' kelima dalam permainan pertama selama 14 minit, sebelum pemain pilihan ketiga berusia 21 tahun itu melancarkan serangan dan meneruskan set pembukaan dengan servis yang mantap.

Pilihan kedua Djokovic menghadapi lebih banyak tekanan pada permulaan set berikutnya Alcaraz mendominasi permainan dalam pertukaran awal untuk mematahkan servis dan memanfaatkan kekurangan permulaan Djokovic untuk mendahului dengan dua set yang mengagumkan.

Djokovic dan Alcaraz bertarung sengit sehingga kedudukan 4-4 dalam set ketiga sebelum pemain Sepanyol itu mematahkan servis Djokovic dengan pukulan 'backhand' untuk mendahului 5-4. Namun, meskipun berada di kedudukan 40-0, Alcaraz melepaskan tiga mata perlawanan dan kehilangan servisnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 1:58 AM