POGACAR disambut sorakan penonton di garisan penamat di  Mottolino, semalam.
POGACAR disambut sorakan penonton di garisan penamat di Mottolino, semalam.
AFP

Livigno, Itali: Tadej Pogacar mempamerkan kayuhan mantap ketika menjuarai peringkat ke-15 Giro d'Italia dan menjarakkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan dengan hampir tiga minit.

Ketua Team UAE itu mendapat suntikan semangat daripada penonton membanjiri kawasan sekitar jalan di resort Mottolino untuk memenangi saingan peringkat keempatnya di Giro d'Italia yang berbaki enam lagi peringkat.

"Saya tak kata ia kemenangan terhebat dalam karier saya, tetapi kali ini ia sangat bagus," kata jaguh dari Slovenia itu selepas tamat perlumbaan.

"Ia hari yang sukar kepada semua orang tetapi saya sangat gembira pada 15 kilometer terakhir," katanya.

Pelumba Colombia Nairo Quintana menduduki tempat kedua, ketinggalan 30 saat manakala Geraint Thomas dan Dani Martinez 2 minit 50 saat di belakang.

"Kami hanya biarkan Pog di depan, biarkan apa sahaja yang dia mahu lakukan," kata pelumba Ineos Grenadiers Thomas. "Saya tamatkan hari ini dengan Dani. Kita tunggu sahaja selepas ini."

Terdapat empat lagi saingan di pergunungan pada minggu terakhir dan dua lagi untuk pecut termasuk peringkat 21 dari Rom ke Lido.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2024 @ 9:42 AM