VAN Aert alami kecederaan serius. FOTO AFP
VAN Aert alami kecederaan serius. FOTO AFP
AFP

Paris: Pelumba Belgium, Wout van Aert patah tulang selangka dan beberapa tulang rusuk selepas terbabit kemalangan besar-besaran berkelajuan tinggi semasa perlumbaan sehari di Around Flanders, semalam.

Bintang berusia 29 tahun itu kini akan terlepas beraksi di Tour of Flanders, Ahad ini dan Paris-Roubaix minggu depan tetapi mungkin kembali untuk Giro d'Italia pada Mei, di mana dia pastinya mengharapkan beberapa kemenangan peringkat perlumbaan.

Insiden semalam berlaku bersama kelompok utama yang berkayuh pada kelajuan menghampiri 60km/j di lebuh raya yang luas.

Van Aert terjatuh di atas permukaan yang tidak rata sebelum dilanggar oleh pelumba lain.

Dia turut mengalami kesan melecet di belakang dan menjerit kesakitan ketika di bawa menaiki ambulans ke hospital.

"Malangnya, Wout van Aert mengalami beberapa keretakan dalam insiden hari ini," kata pasukan, Visma dalam satu kenyataan.

"Patah tulang selangka dan patah beberapa tulang rusuk sebaik menjalani pemeriksaan di hospital. Tidak jelas berapa lama masa pemulihannya.

"Dia pasti akan terlepas beraksi di Tour of Flanders, Paris-Roubaix dan Amstel Gold Race," kata kenyataan itu lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2024 @ 9:37 AM