EMPAT peluncur ski maut. FOTO Agensi
EMPAT peluncur ski maut. FOTO Agensi
AFP

Prague: Empat peluncur ski termasuk tiga warga Republik Czech maut dalam runtuhan salji di Kyrgyzstan, kata Kementerian Luar Republik Czech dan media Kyrgyzstan, semalam.

Kemalangan itu berlaku di timur laut negara itu, berhampiran sempadan dengan Kazakhstan dan China, di mana seorang pelancong Perancis meninggal dunia pada awal Februari dalam keadaan yang sama.

"Dua puluh tiga pelancong dari Republik Czech dan Slovakia sedang bermain ski apabila salji secara tiba-tiba runtuh," lapor agensi berita Kyrgyzstan.

Jurucakap Kementerian Luar Republik Czech, Mariana Wernerova memberitahu AFP bahawa tiga daripada pemain ski yang maut adalah warga Republik Czech.

"Kami boleh mengesahkan bahawa tiga warga Republik Czech maut dalam runtuhan salji di sempadan antara Kyrgyzstan dan Kazakhstan," katanya.

"Diplomat kami di Astana berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi pelancongan," tambah Wernerova.

Kerajaan Kyrgyzstan sudah bertahun-tahun melabur dalam sektor pelancongan yang kurang mendaoat sambutan, terutamanya dalam sukan musim sejuk.

Baru-baru ini negara itu melonggarkan sekatan visa dalam usaha menarik lebih ramai pelancong asing, kebanyakannya datang ke banjaran gunungnya untuk meluncur pada ketinggian kira-kira 7,000 meter (23,000 kaki).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2024 @ 11:22 AM