Gambar fail, pusat peranginan Pergunungan Alpine di Les Contamines-Montjoie. FOTO Reuters.
Gambar fail, pusat peranginan Pergunungan Alpine di Les Contamines-Montjoie. FOTO Reuters.
Reuters

Paris: Empat orang maut dan sembilan lagi cedera dalam runtuhan salji di barat daya Mont Blanc di Pergunungan Alps Perancis, kata Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin.

Runtuhan glasier Armancette itu berlaku pada tengah hari semalam, ciapnya di Twitter.

Jurucakap pihak berkuasa tempatan Haute-Savoie berkata, mangsa yang terperangkap adalah mereka yang bermain ski di kawasan pergunungan pedalaman dan identiti masing-masing sedang dikenal pasti.

Menurutnya, runtuhan berkenaan agak besar meliputi kawasan seluas satu kilometer pada ketinggian 3,500 meter.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Glasier itu terletak berhampiran perkampungan dan resort ski Les Contamines-Montjoie.

Presiden Emmanuel Macron menulis di Twitter memaklumkan perkhidmatan menyelamat akan terus dilaksana dan beliau sentiasa bersama mangsa dan keluarga mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2023 @ 7:40 AM