GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Reuters

Tokyo: Pasukan penyelamat di Jepun sedang mencari dua lelaki warga asing selepas mereka terperangkap dalam runtuhan salji ketika bermain ski di pedalaman di tengah Wilayah Nagano Jepun pada Ahad.

Tiga lagi pemain ski asing yang dilanda runtuhan salji yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang waktu tempatan Gunung Hakuba Norikura, mendaki gunung itu sendiri, kata jurucakap polis.

Polis tempatan menyambung semula pencarian mereka sejurus selepas 7 pagi Isnin untuk mencari dua pemain ski belum diketahui kewarganegaraannya, jurucakap itu memberitahu Reuters.

Mereka adalah sebahagian daripada dua kumpulan berasingan yang bermain ski di gunung setinggi 2,469 meter.

Wilayah ini mengalami salji lebat dalam beberapa hari sebelum ini, dan Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran runtuhan salji pada masa runtuhan salji berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2023 @ 10:43 AM