KAWASAN dimana kejadian runtuhan salji yang meragut nyawa peluncur berhampiran Stesen ski Crans-Montana. -Foto AFP
KAWASAN dimana kejadian runtuhan salji yang meragut nyawa peluncur berhampiran Stesen ski Crans-Montana. -Foto AFP
AFP

Geneva: Seorang peluncur ski maut selepas ditimbus runtuhan salji di Banjaran Alps, Switzerland manakala operasi mencari dan menyelamat mangsa lain dihentikan seketika selepas dibuat sepanjang malam, kata polis, hari ini.

Empat orang dilaporkan terdecera dalam kejadian yang berlaku semalam di stesen ski Crans-Montana di selatan Switzerland.

Polis di Valais menerusi Twitter berkata, salah seorang daripada mangsa runtuhan yang maut itu adalah rakyat Perancis berusia 34 tahun.

“Operasi mencari yang dibuat sepanjang malam dihentikan seketika. Ia akan diteruskan apabila situasi memerlukan dan setakat ini belum ada mangsa terbaru ditemui,” kata polis.

Kejadian runtuhan salji pada petang semalam berlaku pada ketinggian 2,600 meter di Crans-Montana ketika ramai peluncur datang semasa musim cuti sekolah.

Media Switzerland melaporkan, usaha mencari dan menyelamat mangsa menggunakan anjing sniffer, empat helikopter tentera dan sekurang-kurangnya 250 penyelamat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Februari 2019 @ 7:49 PM