SKUAD All Blacks. FOTO Agensi
SKUAD All Blacks. FOTO Agensi
Reuters

London: Pasukan All Blacks bakal mengharungi jadual padat sepanjang tahun ini di bawah kendalian jurulatih baharu, Scott Robertson termasuk perlawanan menentang Fiji di California, Amerika Syarikat.

Menurut Robertson, naib juara dunia itu akan mengharungi sekurang-kurangnya 14 aksi ujian dengan menentang England pada Julai ini disusuli Argentina Ogos nanti serta juara dunia, Afrika Selatan hujung tahun ini.

"Kami bermain di Highveld di Ellis Park dan kemudian turun ke Cape Town. Iaadalah ujian ikonik dan saya tahu pemain turut teruja dengan jadual padat yang bakal kami harungi," katanya.

"Ia adalah peluang yang baik untuk menilai semula dan memperkemaskan permainan kami selepas final Piala Dunia pada tahun lalu selepas kami kalah di final kepada Afrika Selatan".

Selain menentang pasukan terbaik dunia itu, All Blacks turut dijadual bertemu Jepun, Ireland, Perancis dan Itali.

Pada final Piala Dunia Ragbi tahun lalu, New Zealand tumbang di tangan Afrika Selatan dengan keputusan 12-11 sekaligus menyaksikan skuad Springboks menjulang trofi berkenaan buat kali keempat dalam sejarah pertandingan itu.

Untuk rekod, Afrika Selatan pernah menjulang Piala Dunia Ragbi pada 1995, 2007 dan 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Februari 2024 @ 12:07 PM