SINNER meraikan kemenangan ke atas Djokovic. FOTO  AFP
SINNER meraikan kemenangan ke atas Djokovic. FOTO AFP
Reuters

Melbourne: Jannik Sinner mara ke final Grand Slam pertamanya selepas menewaskan juara bertahan Novak Djokovic 6-1 6-2 6-7(6) 6-3 di Terbuka Australia sebentar tadi sekali gus kekalahan pertama pilihan utama itu dalam tempoh enam tahun di Melbourne Park.

Sinnner yang juga pilihan keempat muncul pemain Itali pertama mara ke final perseorangan Terbuka Australia.

"Perlawanan sangat, sangat sukar," kata Sinners yang tidak berdepan walau satu mata break dalam perlawanan itu.

"Saya bermula dengan sangat baik. Pada dua set pertama saya fikir dia mungkin belum 'panas' di atas gelanggang.

"Jadi saya berusaha menekan dia dan pada set ketiga saya mendapat mata akhir dan saya terlepas forehand, tapi anda tahu ini adalah tenis.

"Saya hanya cuba untuk set seterusnya yang saya bermula dengan baik dan sudah tentu atmosfera di sini sangat hebat."

Kemenangan itu bermakna Sinner kini menewaskan Djokovic di Final ATP, Piala Davis dan aksi peringkat Grand Slam.

Pemain berusia 22 tahun itu akan menentang pemenang di antara Daniil Medvedev atau Alexander Zverev pada final Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2024 @ 4:02 PM