SINNER meraikan kejayaan merangkul gelaran sulung Grand Slam di Terbuka Australia. FOTO AFP
SINNER meraikan kejayaan merangkul gelaran sulung Grand Slam di Terbuka Australia. FOTO AFP
AFP

Melbourne: Jannik Sinner bangkit daripada ketinggalan dua set untuk merangkul Grand Slam sulung selepas menumpaskan Daniil Medvedev dalam aksi sengit lima set saingan akhir Terbuka Australia

Pemain Itali pilihan keempat itu bergelut pada dua set awal namun mampu bangkit kembali untuk mencatat kemenangan 3-6, 3-6, 6-4, 6-4, 6-3 dalam aksi tiga jam 44 minit.

Keputusan itu ternyata mengecewakan Medvedev pilihan ketiga dari Rusia, yang tumpas buat kali kedua di final Terbuka Australia selepas kalah kepada Rafael Nadal pada 2022.

"Saya sangat bangga. Ia adalah perlawanan sengit. Dia bermula dengan baik, bergerak di sekeliling gelanggang. Saya tidak dapat melaksanakan perancangan permainan saya namun di set ketiga saya memiliki sedikit ruang dan digunakan sebaik mungkin.

"Perlawanan berubah dan saya sangat gembira dengan cara saya membetulkannya. Terdapat begitu banyak emosi sekarang. Saya perlu duduk dan memprosesnya tetapi perasaan yang sukar dipercayai," kata Sinner.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 January 2024 @ 8:45 PM