JOSHUA bercita-cita menjadi jutawan. -FOTO AFP
JOSHUA bercita-cita menjadi jutawan. -FOTO AFP
Agensi

London: Bekas juara tinju dunia, Anthony Joshua kini memiliki kekayaan bernilai hampir £180 juta (RM1.07 bilion).

Bintang itu memperoleh keuntungan yang tinggi tahun lalu meraih pendapatan hasil daripada perniagaannya yang mencecah £41.3 juta (RM247.35 juta) atau £113,000 (RM676,782) sehari.

Joshua, 34 sebelum ini pernah berkata dia mahu menjadi jutawan - meraih perolehan besar dalam syarikat Sparta Promotions miliknya.

Firma itu meraih pendapatan daripada penajaan yang menguruskan AJ tinju, bernilai £129 juta (RM772.59 juta) pada akhir tempoh perakaunan pada Mac 2023.

Tetapi angka itu tidak termasuk pendapatan Joshua daripada dua pertarungan terakhirnya yang menyaksikan dia menewaskan Otto Wallin di Arab Saudi pada Oktober dan Robert Helenius di London Ogos lalu.

Pendapatan Joshua dijangka melonjak lebih tinggi selepas dia bersetuju untuk menentang bekas juara UFC Francis Ngannou di Arab Saudi pada bulan Mac ini.

Dilaporkan bahawa 'AJ' yang menguruskan salah satu bintang tinju terkemuka dunia akan meraih £31 juta (RM185.66 juta) untuk pertarungan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2024 @ 1:44 PM