JOSHUA akan menentang bekas juara heavyweight UFC, Francis Ngannou. -FOTO AFP
JOSHUA akan menentang bekas juara heavyweight UFC, Francis Ngannou. -FOTO AFP
Reuters

London: Juara dunia heavyweight dua kali Anthony Joshua akan menentang bekas juara heavyweight UFC, Francis Ngannou dalam pertarungan tinju di Arab Saudi.

Joshua mengumumkan rancangan untuk menentang bekas juara WBC, Deontay Wilder jika mereka berdua menang semasa bertarung di Riyadh pada 23 Disember lalu.

Bagaimanapun, Wilder berdepan kekalahan mengejut kepada Joseph Parker dari New Zealand bulan lalu, sebelum Joshua meraih kemenangan kalah mati ke atas Otto Wallin lewat malam itu.

"Malam ini kami mengesahkan keputusan sudah dicapai," kata promoter Joshua, Eddie Hearn di platform media sosial X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.

"Anthony Joshua melawan Francis Ngannou dalam satu pertarungan besar-besaran di Riyadh, Arab Saudi, sidang akhbar akan berlangsung pada 15 Januari di London dengan butiran penuh akan dikeluarkan tidak lama lagi!"

ESPN melaporkan pertarungan itu akan diadakan pada awal Mac, beberapa minggu selepas juara dunia WBC Tyson Fury berdepan juara WBA, WBO, IBF dan IBO Oleksandr Usyk untuk kejuaraan heavyweight dunia.

Ngannou, tidak bertarung sebarang pertandingan selepas pertikaian kontrak dengan UFC dan keluar sebagai ejen bebas pada Januari tahun lalu membuat penampilan sulung dalam tinju profesional menentang Fury pada Oktober.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 January 2024 @ 1:59 PM