WOODS masih belum menemui sentuhan terbaiknya. -FOTO AFP
WOODS masih belum menemui sentuhan terbaiknya. -FOTO AFP
AFP

Miami: Tiger Woods bergelut dengan prestasi sebelum mencatatkan tiga atas par 75 dalam aksi pembukaan Cabaran Golf Dunia Hero, pertandingan kompetitif pertamanya sejak Masters April lalu.

Juara kejohanan utama 15 kali itu melakukan birdie dan tiga bogey di 12 lubang pertama di Kelab Golf Albany di Bahamas sebelum menutup saingan dengan bogey berganda di lubang 15 dan bogey di lubang 16, 17 serta par satu di lubang ke-18.

"Saya membuat banyak pukulan. Saya tidak fikir saya mendapatkan rentak," kata Woods.

"Saya sudah berkarat, saya tidak menikmatinya dan keadaan saya di awalnya sangat sukar.

"Saya terpaksa bertahan di sana dan saya tidak menamatkan aksi saya seperti yang saya perlukan dan akibatnya ia agak melencong pada penghujungnya."

Woods yang ingin tahu bagaimana prestasinya selepas menjalani pembedahan buku lali kanan April lalu melakukan enam dari 13 pukulan di fairways dan 10 daripada 18 di green dan 30 pukulan put.

Ketika Woods menduduki tempat ke-18 selepas 20 lubang, pemain Amerika Brian Harman dan Tony Finau berkongsi kedudukan selaku pendahuluan dengan 67 pukulan dengan pemenang utama sebanyak tiga kali, Jordan Spieth melebihi satu pukulan.

Woods yang berusia 48 tahun pada 30 Disember, bergelut sejak mengalami kecederaan parah di kaki dalam kemalangan kereta pada 2021 tetapi berkata dia berasa cukup sihat untuk bermain sebulan sekali pada 2024.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2023 @ 11:09 AM