HASHIMOTO beraksi cemerlang bagi membolehkan Jepun muncul juara dunia berpasukan. FOTO AFP
HASHIMOTO beraksi cemerlang bagi membolehkan Jepun muncul juara dunia berpasukan. FOTO AFP
AFP

Antwerp: Daiki Hashimoto cemerlang dalam acara terakhirnya bagi memastikan skuad gimnastik Jepun merangkul semula gelaran juara dunia, pagi tadi, kurang 10 bulan sebelum Sukan Olimpik Paris 2024.

Jepun yang memenangi pingat perak, tahun lalu, mencatatkan 255.594 mata iaitu mengatasi juara bertahan, China dengan kelebihan 1.80 mata.

China mencatat mata tinggi dalam acara gelung dan memberi tekanan kepada Hashimoto, tetapi dia mendarat sempurna di atas bar untuk mengesahkan kemenangan itu.

Amerika Syarikat (AS) melengkapkan podium dengan 252.428 mata manakala Great Britain di tempat keempat dengan 249.461 mata.

Jepun yang mendominasi peringkat kelayakan pada Ahad lalu, kini merangkul juara berpasukan dunia buat kali ketujuh.

Hashimoto yang muncul juara Olimpik bagi acara keseluruhan dan palang tinggi di temasya Tokyo 2020, dua tahun lalu, dan rakan sepasukannya kali pertama muncul juara dunia pada 2015.

Selepas itu, mereka menamatkan kedudukan di podium dalam tiga kejohanan dunia.

Selepas menduduki tempat kelapan pada peringkat kelayakan, China kembali bangkit hari ini, tetapi dua kesilapan pada palang tinggi memberi kesan kepada mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Oktober 2023 @ 10:38 AM